Wednesday, 7 May 2014

BAB3 - ELEKTRIK

BAB 3 ; ELEKTRIK

Fakta Elektrik
1. Elektrik adalah sejenis tenaga
2. Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
3. Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
4. Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
5. Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad)

SUMBER ELEKTRIK=BAGAIMANA KITA MEMPEROLEHI ELEKTRIK
ADA 3 CARA KITA MENDAPAT ELEKTRIK

(1) MAGNET
-Magnet + Wayar + Pergerakan = Elektrik
-Contoh aplikasinya ialah di Empangan Hidroelektrik (kuasa air sungai)
-Dinamo basikal

(2) BAHAN KIMIA (Bateri)
-Contoh : Bateri AA ada batang karbon, elektrolit (mangan dioksida/ammonium klorida)



-Sel basah: air (asid sulfurik sebagai elektrolit)



-Sel lithium: boleh di cas



-Sel alkali: Alcaline Battery. Sel alkali berbetuk seperti sel kering tetapi mempunyai kuasa yang lebih tinggi.


(3) MATAHARI
-Sel Solar: Contoh kalkulator solar dan rumah solar.



contoh aplikasi solar pada kereta



BAB6 - TANAMAN HIASAN

Bab 6 ; TANAMAN HIASAN
Penjagaan Anak Pokok

Penjagaan anak pokok keratan batang adalah penting untuk menghasilkan pokok yang sihat dan subur.

Menyiram
1. Tujuan utama menyiram adalah untuk memastikan bahawa akar dibekalkan dengan air.
2. Secukup air perlu diberi supaya dapat meresap ke seluruh medium dalam pasu.
3. Penyiraman air yang tidak mencukupi hanya dapat membasahi lapisan di atas, manakala kawasan akar adalah kering sahaja.
4. Pasu-pasu yang terdedah sepenuhnya pada cahaya perlu disiram 2 kali sehari.
5. pasu-pasu yang diletak di tempat teduh perlu disiram sekali sehari.

Menggembur tanah

1. Menggembur tanah di permukaan pasu beerti melonggarkan tanah supaya dapat memperbaiki pengudaraan tanah dan penembusan air.
2. penggemburan dapat dilakukan dengan menggunakan sudip tangan atau serampang tangan.
3. amalan penggemburan permukaan tanah juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai.

Merumput 
1. Rumpai mengganggu tumbesaran anak pokok kerana bersaing dengan anak pokok untuk mendapatkan ruang, nutrien, air dan cahaya.
2. Rumpai juga menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan punca penyakit.
3. Merumput dilakukan sebaik sahaja apabila rumpai mula tumbuh di permukaan tanah.
4. Alatan yang biasa digunakan ialah serampang tangan atau sudip tangan.
5. Bagi rumpai yang kecil, mencabut dengan tangan adalah cara yang paling mudah dan sesuai.

Membaja
1. Membaja bermaksud membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak pokok.
2. Membaja perlu dilakukan secara berkala mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pembuat baja.
3. Ada tiga kaedah membaja:
a. Tabur gaul
b. Semburan
c. Tanam alur

BAB 5- JAHITAN

BAB 5 - JAHITAN
Jenis-jenis mesin jahit:

1) Mesin Jahit Tangan

Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.


2) Mesin Jahit Kaki
-
Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.



3) Mesin Jahit Elektrik-


Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.


4) Mesin Jahit Elektronik
-

Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.